Notis Privasi

Privasi anda adalah penting bagi kami di Mamee. Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda. Di dalam Notis Privasi ini, sila maklum bahawa rujukan kepada “kami” dan “kita” adalah merujuk kepada Mamee; para pekerjanya; dan mana-mana entiti yang dikawal oleh, di bawah kawalan bersama dengan, atau kawalan Mamee; dan rujukan kepada “sekutu” kami adalah merujuk kepada rakan-rakan, agenagen, pembekal perkhidmatan dan kontraktor-kontraktor Mamee.

Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul dari anda

Jenis data peribadi yang kami kumpulkan dari anda mungkin berbeza bergantung kepada sifat hubungan anda dengan pihak kami. Data peribadi yang mungkin kami kumpul dari anda termasuklah nama anda, nombor kad pengenalan, kewarganegaraan, kaum, tarikh lahir, umur, jantina, status perkahwinan, alamat kediaman, dan nombor telefon; alamat e-mel anda, butiran akaun media sosial, atau butiran mana-mana akaun yang anda mungkin ada dengan mana-mana laman sesawang atau aplikasi mudah alih; lokasi geografi anda; alamat protokol internet komputer anda dan apa-apa maklumat lain yang mengenalpasti mana-mana komputer dan/atau alat mudah alih yang anda guna untuk berinteraksi dengan kami; butiran kewangan anda termasuk butiran akaun bank; apa-apa rekod penyertaan anda di dalam acara dan/atau program yang dianjurkan atau dikendalikan oleh kami; maklumat keselamatan sosial dan cukai anda; kepercayaan agama anda; anutan politik dan keahlian dengan mana-mana pertubuhan, rekod jenayah anda atau apaapa rekod di mana anda menjadi subjek siasatan, tuntutan atau sekatan; sejarah pendidikan anda dan kelayakan profesional; pekerjaan dahulu dan sekarang anda; maklumat berkaitan dengan pemilikan atau ekuiti mana-mana syarikat; maklumat perubatan anda termasuk keadaan fizikal dan mental; maklumat biometrik anda; dan rakaman video dan gambar-gambar anda. Kami juga mungkin akan mengumpul data peribadi yang tersebut di atas daripada pihak-pihak yang berkaitan dengan anda seperti keluarga, kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja anda. Di mana dan apabila anda membekalkan kami dengan data peribadi orang-orang yang tersebut di atas, sila pastikan bahawa mereka telah membaca Notis Privasi ini.

Tujuan pemprosesan data peribadi anda

Mamee menggunakan data peribadi anda terutamanya untuk membekalkan anda atau menawarkan anda maklumat, bantuan, produk-produk, dan/atau perkhidmatan, contohnya, acara dan program. Kami juga akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan menilai apa-apa permohonan atau permintaan yang anda hantarkan kepada kami; untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda termasuk menjalankan pemeriksaan kredit dan risiko; untuk menilai pengalaman, kelayakan, dan latar-belakang anda dan/atau membolehkan sekutu kami untuk membuat penilaian yang sama; bagi membolehkan sekutu kami membekalkan anda atau menawarkan anda maklumat, bantuan, acara, program, produk-produk, dan/atau perkhidmatan; untuk menjaga dan mengemaskini rekod dan fail kami; dalam menjalankan obligasi kontrak kami atau menguatkuasakan hak-hak kami yang termaktub atau diperuntukkan di bawah mana-mana kontrak di antara pihak kami dengan anda atau dengan mana-mana pihak lain; untuk mendapatkan pandangan anda dan mendapatkan tindakbalas dari anda; untuk memaklumkan anda tentang acara-acara, program-program, dan peluang-peluang yang mungkin menarik bagi atau memberi manafaat kepada anda; untuk menjana data, statistik-statistik, model-model, dan laporan untuk kegunaan dalaman kami dan/atau untuk didedahan kepada sekutu-sekutu kami, badan-badan kerajaan, dan/atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan; untuk mencegah penipuan atau jenayah atau untuk membantu pihak berkuasa dalam penyiasatan mereka; untuk tujuan berkaitan dengan keselamatan; sebagai sebahagian daripada mana-mana prosiding undangundang; untuk mematuhi mana-mana undang-undang, garis panduan, atau arahan terpakai; dan untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang diperuntukkan di bawah undang-undang atau menurut mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

Sumber data peribadi anda

Mamee mengumpulkan data peribadi anda melalui pelbagai cara yang dilaksanakan oleh pihak kami dalam berurusan dengan anda. Contohnya, semasa kami berjumpa dengan anda ataupun bercakap dengan anda melalui telefon; melalui boring-borang dan kaji selidik atau apabila anda mendaftar untuk menyertai sebarang acara atau program; apabila anda menyertai senarai suratmenyurat, senarai e-mel, atau senarai (apa-apa bentuk) pesanan kami; apabila anda membekalkan kami dengan butiran-butiran anda agar kami dapat memberitahu anda tentang apa-apa acara, program, produk, dan/atau perkhidmatan; melalui e-mel, khidmat pesanan ringkas (atau apa-apa bentuk pesanan yang sama), applikasi mudah alih, saluran media sosial, blog, dan berbagai laman web; melalui penggunaan “cookies” atau teknologi yang sama (“cookies” adalah fail data yang disimpan di dalam komputer anda/atau alat yang mengandungi maklumat berkaitan dengan penggunaan laman web kami); melalui surat-surat; apabila kami memasuki apa-apa kontrak dengan anda; apabila anda memasuki premis atau lokasi yang berada di bawah kawalan kami; apabila anda menggunakan apa-apa atau mana-mana ruang dan/atau fasiliti yang kami sediakan atau memberikan laluan untuk anda; apabila anda menyertai apa-apa program dan acara yang kami anjurkan dan/atau apa-apa program dan acara yang dianjurkan oleh sekutu kami; daripada penggunaan maklumat yang kami sediakan kepada anda dan/atau penggunaan anda terhadap produk dan/atau perkhidmatan kami; dan/atau dari penggunaan produk dan/atau perkhidmatan sekutu kami. Kami juga mungkin akan mengumpulkan data peribadi anda dari pihak ketiga seperti sumber-sumber yang boleh diakses secara umum; pangkalan data atau rekod yang sah; sekutu kami; badan-badan kawal selia atau agensi-agensi kerajaan; pejabat pendaftaran syarikat; agensi rujukan kredit atau organisasi yang sewaktu dengannya; media; konsultan pemasaran; individuindividu yang berkaitan dengan anda seperti ahli keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, dan majikan dahulu dan sekarang; dan daripada sumber yang mendapat kebenaran anda untuk berkongsi data peribadi anda dengan kami.

Hak anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda

Jika terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda, anda adalah digalakkan untuk memaklumkan kami tentang perubahan tersebut secepat mungkin. Anda mempunyai hak terhadap data peribadi anda dan Mamee menghormati hak tersebut. Anda mempunyai hak untuk meminta laluan bagi mengakses data peribadi anda, untuk meminta kami membetulkan data peribadi anda, dan menarik balik sebarang kebenaran yang anda berikan kepada kami untuk menggunakan dan memproses data peribadi anda. Untuk menggunakan hak-hak ini, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat yang tertera di dalam Notis Privasi ini. Apabila kami menerima permintaan untuk menggunakan hak-hak tersebut, kami akan meminta anda untuk memberikan beberapa maklumat bagi mengesahkan identiti anda. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyimpan data peribadi anda dengan selamat, jika kami tidak dapat mengesahkan identiti peminta, kami boleh menolak permintaan tersebut. Sila ambil maklum bahawa ianya akan mengambil sedikit masa bagi menunjukkan perubahan yang diminta terhadap data peribadi di dalam sistem kami dan dalam masa itu, anda mungkin akan menerima komunikasi dari kami.

Kami juga ingin memaklumkan anda bahawa untuk membolehkan kami membekalkan anda dengan produk kami, perkhidmatan kami, atau sebarang maklumat berkaitan, anda mungkin perlu membekalkan kami dengan jenis-jenis data peribadi yang tertentu. Selain daripada data peribadi wajib yang diperlukan bagi kami membekalkan anda dengan produk kami, perkhidmatan kami atau sebarang maklumat, data peribadi yang lain juga boleh diberikan secara sukarela atau pilihan. Kami akan memaklumkan anda tentang mana-mana data peribadi yang wajib dibekalkan. Sebagai contoh, sekeping borang mungkin menunjukkan maklumat tertentu adalah wajib diisikan dalam boring tersebut. Jika anda enggan memberikan data peribadi yang wajib atau menarik balik keizinan untuk membenarkan kami menggunakan data peribadi wajib tersebut, kebolehan kami untuk membekalkan anda dengan produk, perkhidmatan atau maklumat yang berkaitan mungkin akan terjejas.

Pendedahan data peribadi anda

Kerahsiaan data peribadi anda adalah amat penting bagi Mamee. Walaubagaimanapun, bagi memenuhi tujuan di atas, akan terdapat situasi-situasi di mana kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda. Pendedahan data peribadi anda mungkin juga melibatkan pemindahan data peribadi anda di antara negara-negara atau lokasi geografik yang berbeza. Pendedahan data peribadi anda mungkin akan dilakukan kepada para sekutu, penaja, juru audit, konsultan, peguam, dan penasihat kami; institusi pembelajaran dan bakal pelabur; pengatur acara, agensi pemasaran dan konsultan; saluran media sosial dan laman-laman web; agensi rujukan kredit; badan-badan kerajaan; mana-mana pihak yang anda memberi kebenaran kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda; atau mana-mana pihak yang mana pendedahan diperuntukkan di bawah undangundang atau dikehendaki oleh penguatkuasa kawal selia yang berkenaan. Keselamatan data peribadi anda adalah sangat penting bagi kami dan kami mempunyai langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh untuk melindungi data peribadi anda.

Penyimpanan data peribadi anda

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama tempoh yang dikehendaki oleh undangundang atau selama tempoh selagi mana data peribadi tersebut diperlukan bagi maksud yang baginya data peribadi itu hendak diproses.

Kami akan berhenti menyimpan data peribadi anda, atau akan menghapuskan butir-butir yang mana data peribadi tersebut boleh dikaitkan dengan anda, sebaik sahaja ia menjadi munasabah untuk kami andaikan bahawa data peribadi tersebut tidak lagi dikehendaki bagi maksud yang baginya data peribadi itu dikumpul, dan apabila penyimpanan data peribadi tersebut tidak lagi diperlukan sama ada di bawah undang-undang atau bagi apa-apa tujuan perniagaan.

Laman web pihak ketiga

Platform dalam talian kami, termasuklah lama web rasmi dan halaman-halaman media sosial kami mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web yang dikendalikan oleh pihak ketiga, termasuklah sekutu kami, para pedagang lain atau gerbang-gerbang pembayaran. Sila ambil maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar, amalan dan/atau polisi privasi bagi laman-laman web yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda adalah dinasihatkan untuk menyemak polisi privasi laman-laman web tersebut untuk memastikan dan mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana mereka akan mengendalikan data peribadi yang mereka kumpul daripada anda.

Kemaskini Notis Privasi

Mamee mungkin akan mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Kami juga akan memaklumkan anda tentang sebarang pindaan kepada Notis Privasi ini melalui e-mel, pos, perkhidmatan pesanan ringkas, atau lain-lain cara komunikasi. Untuk mengetahui maklumat yang terkini, sila layari laman web kami dari semasa ke semasa.

Hubungi Kami

Maklumat-maklumat bagi menghubungi kami boleh didapati di laman web rasmi kami di https://mamee.com/.