Program Kembali Ke Sekolah MATRADE Bersama MAMEE
Program Kembali Ke Sekolah Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dengan kerjasama Mamee merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Mamee dalam penglibatan industri bersama berlainan pihak.
Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Ybhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, program ini diwakili oleh Pengarah Hal Ehwal Islam dan Hubungan Kerajaan, Encik Ahmad Syukry Ibrahim bagi pihak syarikat Mamee serta turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan di MATRADE.
Ketika program ini berlangsung, sebanyak 100 goodie bags dihulurkan kepada anak-anak warga MATRADE yang layak yang bakal memasuki alam persekolahan 2023/2024 tidak lama lagi dan diserikan lagi dengan kehadiran maskot Mamee Monster.