Bermula hari ini, syarikat Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd akan menaja produk-produknya seperti Mamee di Parlimen selama lima tahun.
Selepas Chek Hup dan Spritzer, usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat Mamee ini diharap dapat memberi keselesaan tambahan kepada petugas media yang bertugas terutamanya jika terasa lapar di waktu malam.
Menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menyifatkan usaha ini juga selaras dalam membantu memperkenalkan lagi produk-produk makanan buatan tempatan.
Dalam pada itu, Pengarahnya, Datuk Gary Choo Kok Sen berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang had tajaan dalam tempoh lima tahun ini. Ia akan disediakan secara berterusan selagi diperlukan.
Beliau sempat mengagihkan produk Mamee kepada petugas media di Pusat Media Parlimen yang dimeriahkan dengan kehadiran dua maskot Mamee.
Sebenarnya agak janggal juga bunyinya bila makanan ringan sebegini dipromosikan di Parlimen. Tapi kami percaya ia mestilah telah diluluskan oleh Menteri Kesihatan kita sendiri bukan?